Panasonic & RoHS

RoHS DI PANASONIC MALAYSIA

Hasil temubual kami bersama seorang bekas jurutera di Panasonic Malaysia iaitu Encik Abdul Rahman (atau lebih mesra menggunakan gelaran En. Man) mendapati bahawa, Panasonic Malaysia (PM) telah lama memastikan produk-produk yang dikeluarkan adalah mematuhi piawaian RoHS yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU). Menurut beliau, RoHS adalah perkara biasa bagi pekerja-pekerja di PM. Syarikat sentiasa mendedahkan tentang kepentingan RoHS bukan sahaja kepada pekerjanya, malah turut dititikberatkan dalam pemilihan pembekal-pembekal komponen syarikat. Bagi pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dengan RoHS pula akan diberi latihan tentang pelaksanaan dan pengauditan pemilihan RoHS. Ini selaras dengan IKRAR PANASONIC dalam usaha menjaga alam sekitar. Kami juga cuba mendapatkan maklumat lanjut sekiranya PM pernah terlepas pandang sehingga menyebabkan RoHS tidak dipatuhi, namun maklumat tersebut adalah sulit dan tidak boleh didedahkan. Maka kesan-kesan terhadap kedudukan kewangan syarikat jika terlibat dengan ketidakpatuhan RoHS yang membawa kepada penggunaan sejumlah wang untuk menanggung kos pembaikan dan panggilan semula produk juga tidak dapat didedahkan. Namun kami pasti bahawa PM amat mengambil berat tentang hal-hal berkaitan RoHS dan ini terbukti melalui jenama PANASONIC yang amat diyakini oleh pengguna di seluruh dunia.


CONTOH PRODUK YANG TERTAKLUK KEPADA RoHS
 
Produk: Hygienia Dish Dryer FD-S3AM1DD




Dinyatakan dengan jelas di laman sesawang syarikat (klik di sini) bahawa produk ini bebas daripada penggunaan bahan-bahan merbahaya seperti yang digariskan oleh RoHS. Produk ini bukan sahaja dikeluarkan untuk pasaran Malaysia sahaja, tetapi juga untuk pasaran antarabangsa.



PANGGILAN SEMULA PRODUK (PRODUCT RECALL)

Panasonic amat komited dalam mematuhi segala standard yang disenaraikan di dalam RoHS. Panasonic juga amat mengambil berat tentang larangan RoHS terhadap komponen-komponen yang dibekalkan oleh para pembekalnya. Panasonic hanya akan memilih pembekal yang memenuhi standard RoHS sahaja bagi memastikan produk akhir yang akan dikeluarkan memenuhi standard RoHS.

Walau bagaimanapun, kami tidak mendapat maklumat tentang panggilan semula produk yang tidak mematuhi RoHS bagi produk Panasonic yang dikeluarkan dari kilang di Malaysia. Namun begitu, berikut kami sertakan contoh panggilan semula produk yang tidak mematuhi RoHS bagi produk Projektor di Amerika.

Produk: DLP Projector

1. Tarikh dipanggil semula
    30 September 2005 (Jumaat)

2. Kumpulan keluaran
    05 hingga 604

3. Dikeluarkan di
    Jepun

4. Jumlah dipanggil semula
    21 unit

5. Pengedar
    Panasonic Corporation of North America, Secaucus, NJ

6. Dijual oleh
    Berautoriti Panasonic antara Januari 2005 hingga Jun 2005 berjumlah $10,000

7. Masalah
    Jika lampu drive menyentuh litar, ia boleh mengakibatkan litar pintas

8. Deskripsi
    Panggilan semula melibatkan model PT-D5500U dan PT-D5500UL yang dijual terutama bagi
    pengguna komersial. Unit dengan nombor siri berikut akan terjejas: SH5120010,
    SH5169001, SH5169002, SH5169003, SH5169004 dan SH5169005.

9. Tindakan
    Pelanggan harus berhenti menggunakan projektor tersebut. Panasonic akan menghubungi
    setiap pelanggan untuk membaiki kerosakan tersebut dan pelanggan tidak perlu membayar
    kos pembaikan tersebut.

Sumber: www.panasonic.com



BAHAN DOKUMENTASI
Klik imej untuk saiz besar