Info RoHS


Secara umumnya, Arahan Larangan Terhadap Bahan-Bahan Merbahaya (RoHS) merujuk kepada peraturan yang melarang penggunaan bahan-bahan merbahaya tertentu dalam pengeluaran produk elektrik dan elektronik. Peraturan ini mula diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah bermula pada Februari 2003. Arahan ini berkuatkuasa bermula dari 1 Julai 2006 dan telah menjadi suatu undang-undang yang terpakai ke atas semua ahli gabungan Kesatuan Eropah. Arahan ini melarang penggunaan enam bahan merbahaya dalam pengeluaran pelbagai variasi produk dan peralatan elektrik dan elektronik

Apa itu RoHS?
Restriction of Hazardous Substances (RoHS) atau Sekatan ke atas Bahan-bahan Merbahaya merupakan arahan/pekeliling oleh Kesatuan Eropah yang melarang penggunaan enam bahan berbahaya dalam komponen elektronik yang dipasarkan ke Eropah. Arahan ini berkuatkuasa bermula 1 Julai 2006.


Apakah Bahan Merbahaya yang termasuk dalam RoHS?

Pekeliling RoHS , pengeluar dikehendaki menunjukakn tahap minimum bahan bahan merbahaya seperti berikut :

    1. Plumbum (Pb) - 0.1% PPM
    2. Heksavalen kromium (Cr +6) - 0.1% PPM
    3. Kadmium (Cd) - 0.01%  PPM
    4. Merkuri (Hg) - 0.1% PPM
    5. Bisphenol bifenil (PBB) - 0.1%  PPM
    6. Bifenil Diphenyl Eter (PBDE) - 0.1% PPM
                   Bahan2 ini berisiko kepada kesihatan manusia. Merbahayakan kesihatan apabila ia
                   dilupus dan mereka yg melupus.

Di mana Sekatan Bahan Merbahaya digunapakai?
    • Lead - solder, komponen aktif dan pasif, lapisan printed circuit board,kaca. 
    • Kadmium - elektroplating, bahan plastik, sensor, NiCd bateri. 
    • Merkuri - Bateri, suis, sensor, relay, lampu neon, dll 
    • Heksavalen Kromium - pelapis. 
    • PBB-PBDE - retardants Flame.

Apakah perbezaan antara pematuhan RoHS dan bebas plumbum (lead free)?
Bebas plumbum ditafsirkan sebagai tidak mempunyai kandungan/komponen berplumbum langsung.
Manakala RoHS mengehadkan penggunaan plumbum sebanyak <0.1%. Namun ada pengecualian untuk solder suhu tinggi, dalam kaca, 

                    dalam,komponen elektronik, dll.



Adakah RoHS terpakai untuk semua kategori produk?
Tidak. RoHS tidak terpakai untuk produk di bawah kategori 8 dan 9 iaitu Alat-alat Perubatan dan Peralatan Pengawasan dan Kawalan.