KELEMAHAN/KRITIKAN/ISU-ISU BERKAITAN RoHS
Secara umumnya, produk yang mematuhi RoHS dianggap produk yang selamat dan berkualiti malah dapat memberikan nilai tambah kepada produk itu sendiri. Namun begitu, adakalanya kualiti produk yang mematuhi RoHS ini tidaklah seselamat dan sebaik mana seperti yang disangkakan. Ini kerana terdapat beberapa aspek dalam proses pematuhan RoHS yang boleh diragui kesahihannya. Berikut menerangkan aspek-aspek yang berkaitan tersebut.
LAPORAN UJIAN
Jaminan dari pembekal biasanya disertakan dengan Laporan Ujian yang menunjukkan pematuhan produk mereka terhadap RoHS. Untuk memastikan keberkesanan pematuhan tersebut, produk itu mestilah melalui beberapa peringkat ujian termasuklah proses pengeluaran produk itu sendiri. Mempunyai Laporan Ujian tidak menjamin sesebuah syarikat pengeluar produk akhir itu sebenarnya patuh kepada RoHS, walaupun Laporan Ujian tersebut membantu dalam memberikan pengesahan terhadap peringkat-peringkat pematuhan dan membantu dalam mewujudkan keyakinan bahawa syarikat memenuhi keperluan terhadap pematuhan tersebut.
Walau bagaimanapun, didapati bahawa pengeluar selalunya tidak meneliti Laporan Ujian dari pembekal itu dengan sebaik mungkin dan boleh mewujudkan timbulnya kebergantungan yang lebih terhadap laporan yang diberi. Tambahan lagi, pengeluar mempunyai ilmu dan kefahaman yang kurang dalam meneliti laporan tersebut. Perkara-perkara yang biasanya tidak diberi perhatian sepenuhnya ialah:
- Usia/Jangkamasa Laporan
Berapakah tempoh laporan tersebut dibuat? Semua Laporan Ujian sepatutnya mempunyai tarikh yang direkod semasa laporan tersebut dibuat dan semasa ujian dijalankan. Proses dan komponen pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan produk akhir selalunya berubah dari semasa ke semasa, maka jika laporan tersebut dibuat sebelum sebarang perubahan dilakukan ke atas peralatan yang terlibat semasa proses itu, maka tidak berlaku sebarang indikasi terhadap keseluruhan pematuhan. Syarikat yang kerap berubah dari segi peraturan dan proses pengeluaran mestilah memastikan laporan mereka sentiasa dikemas kini.
- Angka Berkaitan/figure
Adakah amaun yang terdapat dalam laporan di bawah llimitasi yang ditetapkan? Adakah laporan ujian menunjukkan dalam nilai per million atau dalam peratusan? Pengeluar haruslah membiasakan diri dengan tahap maksimum yang dibenarkan bagi setiap bahan-bahan berbahaya itu. Bagi bahan-bahan ‘homogeneous’ tersebut yang terkandung melebihi tahap yang dibenarkan mestilah disertakan dengan nota yang menerangkan sebab-sebab ketidakpatuhan.
- Kerelevanan
Sejauhmanakah relevannya laporan itu terhadap produk yang terhasil? Jika sesuatu laporan ujian menyenaraikan siri komponen yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada produk akhir dan sekarang ia telah diubahsuai atau pun komponen itu diambil daripada pembekal yang berbeza, maka tidak ada lagi dokumentasi yang menyokong komponen itu patuh atau tidak. Laporan yang telah ‘outdated’ boleh menunjukkan komponen-komponen yang tidak relevan terhadap produk di pasaran, maka penting untuk menyemak maklumat khususnya bahan elektikal relevan yang digunakan.
- Kaedah
Bagaimanakah laporan tersebut disediakan dan dipersembahkan? Kaedah yang digunakan untuk pengujian biasanya ditunjukkan dalam muka depan laporan dan sepatutnya wujud persefahaman di antara pengeluar bagi proses ujian tersebut termasuklah bagaimana proses tersebut dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah yang berbeza dalam sesi ujian ke atas setiap bahan berbahaya dan ini mestilah diterangkan dalam laporan. Adalah penting bagi pengeluar untuk bertanyakan soalan bagi pembekal untuk memahamkan langkah-langkah bagaimana pematuhan itu boleh dicapai. Laporan ujian mestilah menyenaraikan tahap bahan berbahaya itu dalam setiap komponen samada dikesan dalam nilai per million, peratusan atau kedua-duanya sekali. Jika persembahan laporan tersebut tidak jelas, maka keterangan mestilah diperolehi dari pembekal untuk mengelakkan kekeliruan dan kemungkinan timbulnya ketidakpatuhan. Faktor lain seperti samada tempat bagi ujian itu dijalankan memenuhi kriteria yang ditetapkan atau tidak dan samada laporan itu disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai mestilah diambilkira.
- Terma “Homogeneous”
Apakah sebenarnya yang telah diuji? Hasil ujian mestilah spesifik ke atas setiap komponen dan bukanlah menunjukkan secara umum pematuhan produk itu. Adalah menjadi tanggungjawab pengeluar untuk mengenalpasti bahawa laporan itu mengandungi ujian bahan ‘homogeneous’ dalam menyediakan maklumat-maklumat pematuhan yang mencukupi.
- Kawalan Proses
Bagaimanakah kawalan proses perkilangan? Ini turut berkaitan dengan jangkamasa laporan ujian itu dibuat. Proses perkilangan boleh berubah dari semasa ke semasa. Biasanya, ini bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh syarikat tetapi perubahan boleh wujud secara sengaja atau tidak sengaja di bawah kawalan bersama dengan pembekal. Sebagai contoh, penggunaan patri mandian mempunyai potensi untuk menjadi tercemar jika tiada proses kawalan yang dilakukan untuk memastikan proses tersebut bersih.
- Bahasa
Adakah laporan ujian dalam Bahasa Inggeris? Sebahagian laporan ujian daripada pembekal luar negara ditulis dalam bahasa negara di mana produk tersebut dikilangkan. Sebagai contoh, produk yang diimport daripada China yang disertakan dengan laporan ujian ditulis dalam bahasa Cina mungkin tidak dapat difahami oleh pengeluar British. Menyimpan laporan dalam fail teknikal biasanya tidak mencukupi. Ia mestilah diwujudkan tahap-tahap kompeten daripada syarikat dalam memahami pematuhan maklumat-maklumat tersebut termasuk berkemampuan dalam menterjemah/mentafsir sebarang laporan ujian yang diterima.
DEKLARASI
Kebanyakan organisasi menyertakan akaun/deklarasi pematuhan untuk komponen, bahan-bahan dan pemasangan produk yang dihasilkannya. Akaun/Deklarasi pematuhan yang didakwa tersebut mestilah dinyatakan dengan begitu jelas. Sebagai pihak berkepentingan selaku pengguna, kita seharusnya meneliti perkara-perkara berikut yang terkandung dalam Akaun/Deklarasi tersebut antaranya:
- Kandungan
Apakah yang telah dideklarasikan dan adakah deklarasi itu umum atau spesifiknya berkaitan dengan barang-barang pembekal. Terdapat sebahagian deklarasi yang tidak relevan dengan pematuhan RoHS. Pengeluar mungkin menyatakan bahawa ‘kegunaan yang tidak sengaja’, bahagian yang digunakan dalam proses itu di ‘screen’ atau ia di ‘limit’ kan dalam patri sahaja. Kebanyakan deklarasi adalah generik dan menggunakan susunan kata yang berkaitan dengan sebarang syarikat atau sebarang produk. Deklarasi spesifik menawarkan tahap keyakinan yang tinggi mempunyai nilai tambah yang memuaskan.
- Pihak yang Meluluskan
Kebanyakan deklarasi ditandatangani sebagai sebahagian daripada penubuhan syarikat. Ini selalunya ditandatangani oleh executive officer organisasi tetapi kadangkala deklarasi tidak ditandatangani atau pun individu yang bertanggungjawab terhadap tandatangan deklarasi itu tidak diketahui. Langkah terbaik adalah selalu bertanya siapa yang membuat deklarasi tersebut dan samada mereka mempunyai kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat.
- Dokumen Sokongan
Untuk menerima sesuatu deklarasi at ‘face value’, perhubungan di antara organisasi dan pembekal haruslah diambilkira di mana sekiranya wujud keprihatinan ke atas kesahihan suatu deklarasi itu, maka akan wujudlah permintaan untuk mengakses sumber dokumen dan dokumen sokongan terhadap deklarasi itu.
RISIKO
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengeluar untuk memastikan mereka telah mengambil sebarang langkah yang dilihat munasabah dalam mematuhi RoHS. Sememangnya wujud risiko ketidakpatuhan dalam sistem pematuhan. Kawalan yang terbaik perlu ada untuk meminumkan risiko ketidakpatuhan tersebut. Berikut adalah contoh risiko-risiko ketidakpatuhan dan kawalan-kawalan yang perlu ada dalam sistem pematuhan:
- Pembekal
Pembekal seharusnya cuba untuk mewujudkan tahap keyakinan yang jitu dengan pembekal-pembekal mereka. Sebahagian daripada mereka menyediakan dokumentasi lengkap yang menunjukkan pematuhan bagi barang-barang yang telah mereka bekalkan, tetapi sebahagian yang lain mungkin mempunyai tahap kesedaran yang rendah dan tidak mampu dalam menyediakan maklumat yang secukupnya. Dalam sesetengah kes, penipuan/pemalsuan dokumen sering berlaku bagi memastikan syarikat patuh terhadap RoHS tesebut.
- Audit Pihak Kedua
Jika timbulnya rasa ketidakyakinan terhadap pembekal, audit pihak kedua boleh menjadi alternatif yang secara relatifnya mempunyai kos lebih efektif dalam membuat penilaian/pengujian bebas. Pemeriksaan ke atas proses perkilangan dan sistem sedia ada dibuat dalam memastikan pematuhan bukan sahaja akan meningkatkan persefahaman di antara pembekal dan pengeluar, malah boleh mewujudkan rasa kepercayaan di antara dua pihak terbabit. Pengeluar haruslah mempunyai kesedaran berkenaan proses perkilangan dengan mengambil inisiatif seperti menguji terhadap proses pemeriksaan yang telah dijalankan. Audit pihak kedua bagi sesebuah perkilangan itu boleh memastikan samada kekerapan pembekal dalam menyediakan bahan atau barang yang terlibat dalam pematuhan tersebut. Ini diharap dapat memberikan idea yang lebih baik dalam proses dan meningkatkan kepercayaan di kalangan pembekal dan pengeluar. Sebahagian pengeluar kurang dari segi perhubungan dengan pembekal tetapi masih membina keyakinan yang baik dan boleh memberi kelebihan kepada kedua-dua belah pihak. Pengeluar haruslah berusaha mencipta persefahaman dengan pembekal dan membina kepercayaan dalam menjadi asas sistem kepada pematuhan.
- Tindakan Pembetulan
Jika ketidakpatuhan timbul terhadap produk yang telah sedia wujud di pasaran, tindakan segera harus diambil untuk mengenalpasti masalah itu. Kesedaran daripada kedua-dua pengeluar dan pembekal itu penting supaya sebarang komponen ketidakpatuhan boleh ditemui dan boleh diubahsuai sebelum produk itu diperkenalkan di pasaran. Pemeriksaan terhadap sistem pematuhan ke atas bahan atau barang baru membantu dalam mengurangkan risiko wujudnya ketidakpatuhan RoHS.
Sumber: www.wikipedia.com