Info Syarikat


LATAR BELAKANG

Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (PM) telah ditubuhkan sejak 30 tahun yang lalu iaitu pada 29 Mac 1976 di mana pada masa tersebut dikenali sebagai Matsushita Sales & Services Sdn. Bhd. (MASCO) yang menyediakan perkhidmatan menjual barangan kelengkapan rumah dan peralatan audio visual dengan menggunakan jenama National. Pada tahun 1992, MASCO telah diubah kepada National Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (NPM) yang menjual barangan berjenama National untuk barangan peralatan rumah, manakala jenama Panasonic untuk barangan peralatan audio visual. Dengan pembaharuan ini, buat pertama kalinya jualan syarikat mencatat angka RM 1 bilion. Pada 1 Oktober 2003, NPM secara rasminya telah dijenamakan semula menggunakan nama Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (PM) bagi mempromosikan satu jenama produk Panasonic untuk kesemua segmen produk yang digunakan di seluruh dunia.


PM terlibat dalam aktiviti jualan, perkhidmatan dan pemasaran barangan elektrik dan elektronik pengguna jenama Panasonic. Melalui subsidiari milikan penuh iaitu Panasonic Systems Engineering (PSE), syarikat menawarkan kepakaran sistem yang professional dalam mengintegrasikan perkhidmatan sistem dari rekabentuk, penawaran, pemasangan, latihan sehingga penyelenggaraan, produk dan peralatan elektrik dan eletronik. PM disokong oleh jaringan pembekal yang meluas, lebih 140 buah Panashops dan 750 penjual berlesen. Untuk mengekalkan kepuasan pelanggan, PM mempunyai 8 buah pusat servis dan 236 buah pusat jaringan perkhidmatan di seluruh Malaysia. Kini, operasinya telah berkembang dengan begitu pesat dengan adanya 11 buah cawangan pejabat di seluruh Malaysia.






PENGIKTIRAFAN KUALITI

Panasonic Electronic Devices Malaysia Sdn. Bhd. (PEDMA) telah mendapat pengiktirafan ISO seperti berikut:

  • ISO9001 untuk Aluminum Electrolytic Capacitors pada Julai 2003 (no. SIRIM: AR0390)
  • ISO/TS16949 untuk Aluminum Electrolytic Capacitors for Automotive Applications pada September 2007 (no. SIRIM: AR4429)
  • ISO14001 untuk pengilangan Aluminum Electrolytic Capacitors pada Oktober 1998 (no. SIRIM: P07190002)


KESEDARAN PERSEKITARAN

PM juga menitikberatkan aspek persekitaran di mana PM mempunyai polisi berkenaan persekitaran. Sejajar dengan polisi tersebut, PM sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dan memberi nilai kepada persekitaran, maka PM amat komited dalam menjalankan perniagaan dengan meminimumkan kesan buruk terhadap persekitaran serta mematuhi segala peraturan, undang-undang dan keperluan yang berkaitan dengan persekitaran. PM berikrar:



Bagi tujuan projek akhir ini, kami akan memberi fokus kepada bagaimana PM menguruskan bahan-bahan merbahaya mengikut pekeliling Sekatan Ke Atas Bahan-bahan Merbahaya atau Restriction of Hazardous Substances (RoHS).